Akaun fundingneutercats.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Sumbangan diperlukan bagi projek pemandulan kucing di IIUM Kuantan 


Abu Hurairah Club (AHC) telah berkolaborasi dengan pihak Abu Hurairah Animal Society IIUM Kuantan (AHAS) untuk menjalankan satu projek pemandulan kucing-kucing di IIUM Kuantan. Hal ini bertujuan untuk mengawal populasi kucing dan mengelakkan pembiakan yang tidak terkawal.



Namun begitu, kos pemandulan bagi setiap kucing terutamanya kucing betina sangat mahal dan kami sebagai pelajar tidak mampu untuk menampung perbelanjaan pemandulan setiap kucing di IIUM Kuantan.


Oleh itu, kami berharap pada kerjasama dan jasa baik tuan/puan untuk menolong kami menampung kos perbelanjaan tersebut.



Fakta: "Berjuta-juta haiwan yang tidak diinginkan berakhir di tempat perlindungan atau di jalanan setiap tahun. Hanya beberapa sahaja yang bertuah akan diadopsi; selebihnya disahkan mati atau mati akibat trauma, pendedahan, kelaparan atau penyakit"


Ikuti sosial media kami untuk lebih banyak info mengenai kucing-kucing di IIUM Kuantan:

Instagram: https://instagram.com/ahcpc_iiumk

Twitter: https://twitter.com/ahcpc_iiumk


Ikhlas, 

Abu Hurairah Club, IIUM Kuantan